Tuesday 21 August 2018

Membuat Resume atau CV yang bagus


CIFA Maluri mengalu-alukan pertanyaan pelajar yang terdiri dari mereka yang ingin menaiktaraf diri atau sedang dalam proses kenaikan pangkat, jawatan atau bertukar bidang kerja mahupun sedang mencari pekerjaan.

Ramai yang datang ke CIFA, 
mempelajari bagaimana membuat resume. 
Ada banyak resume online yang boeh membantu menghasilkan resume seperti Jobstreet.
Walaubagaimana pun sekiranya input tidak bagus, maka hambarlah resume.

Jadikan resume anda lebih stand up berbanding yang lain.
Ramai majikan atau HR ( Human Resource ) di luar sana menilai anda melalui Resume.

Resume bagaikan wajah anda sebelum anda terpilih ke sesi temuduga.
Elakkan membuat resume dengan meletakkan grafik-grafik yang membuatkan majikan anda berkerut dahi nak memahami. Sekarang merupakan trend menggunakan simplified approach resume. Pandangan peribadi saya sendiri, saya sukakan details resume kerana saya terus buat pemilihan berdasarkan penelitian saya kali pertama. Jarang-jarang majikan ada masa nak menghubungi anda untuk bertanyakan maklumat lanjut anda. 





Apa kata, rajin-rajinlah google bagaimana menghasilkan resume yang bagus, ayat yang padat dan jelas, etika temuduga, etika berpakaian di tempat kerja, cara nak build up personality dan sebagainya yang menaiktaraf diri sendiri. Tidak keterlaluan jika dikatakan, ramai yang menggunakan Internet hanya lebih kepada hiburan berbanding ilmiah..


Generasi muda ramai yang menempuh alam pekerjaan dengan tangan kosong berbekalkan sijil SPM, diploma mahupun ijazah...

ramai yang hanya elok di sijil sahaja, tetapi hambar di resume dan kurang cantik dari segi sikap, personaliti, cara bertutur, disiplin, menghormati orang lama di syarikat, komunikasi di email dan perbualan...


Ramai yang saya lihat, dengan membalas email email sesi temuduga tanpa panggilan hormat seperti Cik, Puan, Encik, Mr, Miss..

Suka saya tekankan, selalulah menggunakan istilah Cik atau Miss kepada pekerja wanita yang mana anda tidak pasti status mereka samada sudah berkahwin atau tidak.
Selalu sahaja saya melihat di dalam perbualan telefon atau mereka yang hadir di kaunter receptionist bagi sesi temuduga, menggunakan bahasa bang atau kak. 




1 comment:

  1. Casino Games - Dr.MD
    The #1 source for video and audio quality on the web. The #1 경상남도 출장샵 source for video and audio 속초 출장마사지 quality on the 경상남도 출장마사지 web. The 포항 출장안마 #1 source for video 토토 사이트 도메인 and audio quality on the web.

    ReplyDelete