Tuesday 21 August 2018

Membuat Resume atau CV yang bagus


CIFA Maluri mengalu-alukan pertanyaan pelajar yang terdiri dari mereka yang ingin menaiktaraf diri atau sedang dalam proses kenaikan pangkat, jawatan atau bertukar bidang kerja mahupun sedang mencari pekerjaan.

Ramai yang datang ke CIFA, 
mempelajari bagaimana membuat resume. 
Ada banyak resume online yang boeh membantu menghasilkan resume seperti Jobstreet.
Walaubagaimana pun sekiranya input tidak bagus, maka hambarlah resume.

Jadikan resume anda lebih stand up berbanding yang lain.
Ramai majikan atau HR ( Human Resource ) di luar sana menilai anda melalui Resume.

Resume bagaikan wajah anda sebelum anda terpilih ke sesi temuduga.
Elakkan membuat resume dengan meletakkan grafik-grafik yang membuatkan majikan anda berkerut dahi nak memahami. Sekarang merupakan trend menggunakan simplified approach resume. Pandangan peribadi saya sendiri, saya sukakan details resume kerana saya terus buat pemilihan berdasarkan penelitian saya kali pertama. Jarang-jarang majikan ada masa nak menghubungi anda untuk bertanyakan maklumat lanjut anda. 





Apa kata, rajin-rajinlah google bagaimana menghasilkan resume yang bagus, ayat yang padat dan jelas, etika temuduga, etika berpakaian di tempat kerja, cara nak build up personality dan sebagainya yang menaiktaraf diri sendiri. Tidak keterlaluan jika dikatakan, ramai yang menggunakan Internet hanya lebih kepada hiburan berbanding ilmiah..


Generasi muda ramai yang menempuh alam pekerjaan dengan tangan kosong berbekalkan sijil SPM, diploma mahupun ijazah...

ramai yang hanya elok di sijil sahaja, tetapi hambar di resume dan kurang cantik dari segi sikap, personaliti, cara bertutur, disiplin, menghormati orang lama di syarikat, komunikasi di email dan perbualan...


Ramai yang saya lihat, dengan membalas email email sesi temuduga tanpa panggilan hormat seperti Cik, Puan, Encik, Mr, Miss..

Suka saya tekankan, selalulah menggunakan istilah Cik atau Miss kepada pekerja wanita yang mana anda tidak pasti status mereka samada sudah berkahwin atau tidak.
Selalu sahaja saya melihat di dalam perbualan telefon atau mereka yang hadir di kaunter receptionist bagi sesi temuduga, menggunakan bahasa bang atau kak. 




Be a Knowledgeable Computer User

Pengalaman bekerja semamangnya tidak boleh dibeli.
Itu adalah hak mutlak seseorang pekerja.
Tetapi alangkah bagusnya kalau ditambah dengan kemahiran komputer.
Bukan setakat menaip pantas atau pandai menggunakan komputer.

Ini umpama, ramai orang pandai memandu kereta.
Tetapi adakah mereka mengamalkam etika pemanduan selamat?






Anda menggunakan komputer seharian,Adakah anda tahu apa yang perlu anda risaukan?



  • Adakah komputer anda mempunyai Anti Virus?
  • Malas memikirkan benda-benda remeh ini, tetapi jangan sampai dokumen-dokumen penting anda habis dijangkiti virus.
  • Anda hanya pengguna komputer di pejabat, sepatutnya boslah yang memikirkan semua ini.
  • Ya, benar.. anda hanya pekerja di sebuah syarikat... tetapi kecuaian anda yang menyebabkan fail hilang adalah tanggungjawab anda.. Jadi tanggungjawab anda memastikan komputer anda dilindungi antivirus, selalu gunakan backup hasil kerja anda.
  • Pastikan antivirus uptodate.
  • Selalu gunakan cloud untuk backup hasil kerja anda. Apa itu cloud?
  • Bagaimana memastikan mereka tidak melakukan changes kepada dokumen saya?
  • Dan banyak lagi perlu anda tau!!!

Kami di CIFA bukan sahaja mengajar mengunakan komputer, tetapi menjadikan anda pengguna komputer yang berpengetahuan. Itulah bezanya belajar Microsoft Office di CIFA berbanding di tempat lain.