Tuesday 28 April 2015

FB Kuasa di Tangan Anda



Sekarang ramai anak-anak sekolah rendah dan menengah sudah ada facebook sendiri.
Maklumlah semakin ramai ibu bapa yang membenarkan mereka ini memilikki SmartPhone.
Ibu bapa seakan tidak ambil peduli apa yang anak-anak postkan di FB.
Ada yang gambar-gambar aktiviti keluarga semasa dan sebagainya,..
Tidak kurang juga yang memuatnaik gambar-gambar yang kurang sopan terutamanya bagi anak-anak perempuan.
Dunia teknologi canggih sekarang, sumber-sumber itu boleh sahaja dimanipulasikan untuk tujuan-tujuan tertentu.

Kadang-kadang kita perlu lebih berfikir jauh atau lebih sangsi kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku, FB anak-anak dilinkkan dengan FB ibu bapa. Segala macam data-data peribadi didedahkan. Begitu mudah anda iklankan salah silah keturunan anda dan biodata anda sekeluarga di media sosial.

Di FB tempat meluahkan ahli keluarga outstation, menyambut perayaan di mana dan 1001 kisah.
Ada jugak yang rajin menjawab pertanyaan di komen-komen, bercuti berapa hari?, bila balik? anak sekolah mana? dll.

Selalulah berfikir, tidak semua reader berniat baik.
Hak peribadi anda dan keluarga adalah tanggungjawab anda.

Di CIFA Maluri kami selalu menekankan etika  bermedia sosial kepada para pelajar dan bahaya yang akan bakal mengundang jika kita menggunakan media sosial bukan dengan cara yang berilmu. Tanggungjawab kami bukan sahaja memastikan anda pandai dan celik I.T tetapi sebagai pengguna yang berilmiah.





Say No to Facebook


Celik I.T dari kecil